MARZUKI COMPUTER adalah sebuah syarikat milik bumiputera 100% yang menjalankan perniagaan MEMBAIKI, MEMBEKAL dan MENJUAL KOMPUTER serta NOTEBOOK dan AKSESORI kepada
badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan orang
persendirian. Syarikat kami terdiri daripada beberapa tenaga mahir dan
berkelayakan dalam bidang masing-masing. Kami membantu pelanggan-pelanggan
kami memaksimumkan produktiviti dan pengurusan dengan persekitaran komputer
yang CEPAT, PANTAS dan SELAMAT dengan perkakasan-perkakasan dan perisian yang
terkini dan terbaru.
Program penyelenggaraan
komputer ini bertujuan agar semua komputer pelanggan kami berada pada tahap
yang optimum bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran dengan menggunakan
komputer. Kami juga menawarkan sokongan dan nasihat secara percuma. Selain itu,
kami juga menawarkan fail sokongan sebelum kami membuat penyelenggaraan
terhadap komputer.
Dengan visi "CEPAT, PANTAS DAN SELAMAT", kami menjanjikan servis dan jaminan kualiti terhadap semua perkakasan dan perkhidmatan yang kami sediakan supaya semua pelanggan kami berpuas hati dan gembira untuk melaksanakan tugasan harian.
Dengan adanya bantuan daripada
kami, anda tidak perlu risau dengan komputer anda. Anda hanya perlu menumpukan
kepada tugasan harian. Masalah komputer anda biar kami yang uruskan !
MISI SYARIKAT
Syarikat kami mempunyai misi
yang penting terhadap semua pelanggan kami. Misi syarikat "Customers Satisfaction Comes First"
VISI SYARIKAT
Visi syarikat kami adalah
"The Reliable One Stop Service Centre and IT Suppliers Worldwide"
Produk dan
Perkhidmatan
Produk
Kami
menjual semua jenis komputer dan notebook serta perkakasan komputer.
Perkhidmatan
Berikut adalah perkhidmatan yang kami tawarkan:
1) Computer Repair & Maintenance
* Ad Hoc Computer Maintenance
* Computer Service Maintenance (CSM)
Perkhidmatan
Berikut adalah perkhidmatan yang kami tawarkan:
1) Computer Repair & Maintenance
* Ad Hoc Computer Maintenance
* Computer Service Maintenance (CSM)
2) Easy Payment Scheme
* Employed Staff
* Self Employed
* Students
* Employed Staff
* Self Employed
* Students
3)Software Development
4)Web design & hosting
5)Bunting & Banner
6) Computer Rent
7)Wifi Hotspot System
SERVIS KOMPUTER SECARA BERKALA
Dalam memastikan keadaan
komputer anda sentiasa dalam keadaan terbaik, kami menyediakan perkhidmatan
servis komputer kepada anda atau syarikat anda. Bagi perkhidmatan servis komputer, ia
bergantung kepada masalah komputer tersebut kerana setiap masalah mempunyai
cara penyelesaian yang berbeza, ia bergantung samada membaikpulih, menaiktaraf
atau membekal komputer dan peralatan IT. Kami menyediakan beberapa pakej yang
boleh diguanapakai oleh syarikat anda berdasarkan kepada keperluan syarikat
anda.
PAKEJ A –SERVIS SERTA-MERTA
(AD-HOC BASIS) :
Pakej ini adalah pakej bajet bagi syarikat-syarikat yang hanya
memerlukan bantuan teknikal IT untuk sementara:-
- Servis bergantung kepada panggilan. Servis hanya akan diberi mengikut temujanji.
- Pembantu teknikal hanya akan datang setelah temujanji dibuat.
- Temujanji adalah berdasarkan kepada kekosongan masa staf.
- Kos baikpulih setiap komputer bergantung kepada jenis kerosakan dan tambahan caj perkhidmatan pada setiap kali lawatan
- Hanya melaksanakan penyelesaian masalah satu masa (one time problem solution).
- Skop kerja dan servis yang terhad.
- Sesuai bagi syarikat yang tidak mempunyai komputer yang banyak dan kurang memerlukan khidmat servis komputer serta mempunyai bajet yang rendah.
- Tidak memerlukan sebarang ikatan kontrak.
PAKEJ B- SERVIS BERKALA
(CONTRACT SERVICE MAINTENANCE (CSM) :
Servis berkala adalah satu servis yang telah ditetapkan melalui satu
surat akujanji yang dimeterai bersama. Pakej ini dapat menjimatkan kos
pengoperasian dan kos perkhidmatan yang dikenakan. Selain itu, anda tidak perlu
risau dengan kerosakan pada sistem komputer anda lagi kerana kami sentiasa ada
bersama anda untuk bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut.
- Servis ditetapkan dengan satu jadual berkala yang telah dipersetujui.
- Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih mengikut keperluan dan kepentingan syarikat anda.
- Pembantu teknikal kami akan datang membuat lawatan mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan.
- Temujanji adalah berdasarkan pada pakej yang di pilih dan perbincangan.
- Ia adalah seperti anda mempunyai pakar IT untuk syarikat anda(pekerja IT sub-kontrak). Anda juga tidak perlu mengambil pekerja IT tetap dan ia dapat menjimatkan kos pengurusan syarikat anda.
- Skop kerja dan servis yang lebih luas dan berkesan.
- Sesuai bagi syarikat yang mempunyai komputer lebih dari 5 buah dan mempunyai rangkai dalaman (LAN) supaya dapat memastikan setiap komputer dan rangkaian berada dalam tahap yang optimum.
- Perlu bagi syarikat yang mementingkan kelancaran dan keberkesanan dalam sistem operasi syarikat supaya dapat meningkatkan produktiviti.
PAKEJ C- STAF IT KONTRAK
(CONTRACT STAFF IT) CSIT
Staf kontrak bermaksud
ikatan kontrak yang dibuat bagi meletakkan staf IT dijabatan atau pejabat untuk
memantau sebarang masalah berkaitan dengan IT dan rangkaian. Pakej ini dapat
menjimatkan kos pengoperasian dan kos perkhidmatan.:
- Staf IT akan ditempatkan di jabatan atau di pejabat yang telah ditetapkan. Jadual waktu dan masa bekerja juga mengikut perbincangan yang telah dipersetujui.
- Tidak perlu mengambil staf IT tetap dan dapat menjimatkan kos pengurusan syarikat.
- Dapat melaksanakan penyelesaian masalah sekelip-mata (on time problem solution).
- Dapat melaksanakan pemantaun rangkaian setiap masa (realtime network monitoring).
- Dapat mengelakkan masalah yang sama timbul dan dapat mengelakkan kebarangkalian masalah lain yang akan timbul.
- Sesuai bagi syarikat yang mempunyai komputer lebih dari 5 buah dan mempunyai rangkai dalaman (LAN) supaya dapat memastikan setiap komputer dan rangkaian berada dalam tahap yang optimum.
- Perlu bagi syarikat yang mementingkan kelancaran dan keberkesanan dalam sistem operasi syarikat supaya dapat meningkatkan produktiviti.
Wifi Hotspot
Wifi Mesh
Networking
Memperkenalkan teknologi terbaru dalam dunia
rangkaian iaitu mesh networking. Ia merupakan rangkaian tanpa wayar
(wireless networking) yang 100% tidak menggunakan kabel. Jika wifi
network konvensional terpaksa menggunakan network cable menghubungkan
switch ke access point (AP), tetapi dengan mesh
networking, setiap AP tidak memerlukan kabel untuk dihubungkan.
Dengan menggunakan konsep terbaru ini, ia dapat
menjimatkan kos dari segi pemasangan kabel dan rangkaian. Selain itu, ia amat
sesuai untuk digunakan bagi kawasan yang luas dan sukar untuk memasang kabel.
Sistem ini juga amat mudah diuruskan walaupun tanpa kemahiran ICT.
Wifi Hotspot untuk Kawasan Luas atau Terhad
Sistem wifi hotspot kami amat
sesuai untuk dipasang di kawasan yang luas atau terhad. Kawasan luas adalah
seperti hotel, sekolah, kolej, Universiti, kawasan perkhidmatan dan lain-lain.
Manakala kawasan terhad pula adalah seperti cafe, kantin, kedai makan, pejabat
dan lain-lain.
Sistem yang dipasang tidak memerlukan sebarang
kabel di mana ia lebih jimat daripada sistem wifi konvensional. Dengan wifi
hotspot, ia memudahkan pelanggan untuk mendapat capaian internet sama ada
melalui notebook, PC, iPod dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan sila hubungi kami di;