Assalamualaikum W.B.T, Salam
Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Syukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan izin dan kurniaNya Persekutuan Melayu Kluang Johor atau dikenali
dengan nama Kelab Melayu Kluang telah dapat menyempurnakan Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Ke 84, ini bermaksud pertubuhan ini telah wujud selama 84 tahun.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Persekutuan Melayu Kluang yang
telah dilantik bagi menerajui kesinambungan pertubuhan ini.
Sejarah penubuhan pertubuhan ini telah membawa pertubuhan ini lebih matang untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat melayu kluang. Sejajar dengan pembangunan pesat bandar Kluang, adalah menjadi matlamat utama pertubuhan ini membangunkan seiring dengan pembangunan pesat bandar Kluang.
Saya juga suka menyatakan bahawa bangunan pertubuhan ini juga perlu dibangunkan semula dan kawasan-kawasan yang lapang dibangunkan dengan ciri-ciri moden bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli pertubuhan ini menjalankan perniagaan yang berdaya maju.
Saya juga menyeru agar Ahli-Ahli Jawatankuasa sedia ada untuk terus memberikan khidmat yang telus, amanah dan bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengendalikan urus tadir pertubuhan ini dan juga program dan aktivitinya. Adalah diingatkan bahawa pertubuhan ini adalah satu-satunya pertubuhan yang ditubuhkan untuk orang-orang melayu Kluang, justeru itu adalah menjadi kewajiban ahli-ahli jawatankuasa merancang dan mengurus pembangunan pertubuhan ini dengan sebaik mungkin.
Ahli-Ahli Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan hendaklah bersatu dan bersepakat untuk menjalankan program dan aktiviti seterusnya memperbanyakan program dan aktiviti yang baik demi kesinambungan pertubuhan ini.
Akhir kata, saya mengajak seluruh Ahli-Ahli Jawatankuasa untuk mengerakkan pertubuhan ini menuju halatuju yang sempurna dari segi penglibatan pertubuhan ini dalam hal ehwal kemasyarakatan pendidikan, ekonomi dan perniagaan yang dapat diceburi oleh pertubuhan ini dan juga ahli-ahlinya, dan juga melibatkan diri dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan NGO dan Kerajaan. Selain daripada itu, saya juga mengajak seluruh Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Ahli-Ahli pertubuhan ini mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan untuk bergerak maju seiring dengan pembangunan pesat bandar Kluang.
Saya juga senentiasa dan pada bila-bila masa untuk mendengar keluhan dan rintihan serta usul-usul yang bernas demi kepentingan pertubuhan ini.
Sekian, terima kasih.
Razaz Bin Hj. Deraman
Yang DiPertua,
Persekutuan Melayu Kluang Johor. (PMK)

No comments:
Post a Comment