Sejarah Persekutuan Melayu Kluang

Sejarah Persekutuan Melayu Kluang

Mengimbas kembali kepada susur galur penubuhan pertubuhan Persekutuan Melayu Kluang (PMK) bermula sekitar tahun 1980an. Orang-orang melayu di Kluang pada ketika itu telah bermuafakat untuk bersatu dibawah satu payung dalam menjana pembangunan orang-orang melayu di daerah ini. Pertemuan demi pertemuan dikalangan orang-orang melayu untuk mencari halatuju penyatuan orang-orang melayu pada waktu itu. Daripada permuafakatan sesama mereka, orang-orang melayu Kluang telah bersetuju untuk melantik allahyarham YBhg. Tuan Syed Zain, selaku Pengerusi UMNO Bahagian Kluang menarajui halatuju orang-orang melayu di daerah Kluang ini.

Atas dasar kesepakatan dan demi maruah orang-orang melayu Kluang, dengan nasihat dan pandangan allayarham Tuan Syed Zain menasihatkan sekumpulan orang-orang melayu perlu menjadi asas utama dalam menjana pertubuhan. Maka pada tahun itu berpaksikan nasihat daripada allahyarham Tuan Syed Zain, dan dalam mesyuarat penaja pertubuhan melayu. Maka dengan tidak secra langsung orang-orang melayu yang bermesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pertubuhan melayu daerah Kluang yang dinamakan Persekutuan Melayu Kluang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T, dengan dorongan allahyarham maka termakbul pertubuhan melayu Kluang ini ditubuhkan didaftarkan. Sebagai balasan kepada Allayarham Tuan Syed Zain telah dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Penaja, Persekutan Melayu Kluang sebagai Yang DiPertua pada tahun berkenaan.

Selaku Yang DiPertua, Persektuan Melayu Kluang pada ketika itu, beliau telah berusaha untuk mendapatkan sebidang tanah untuk mendirikan sebuah bangunan bagi tujuan pertubuhan ini melaksanakan program dan aktiviti pertubuhan. Kawasan-kawasan tanah yang meliputi daerah Kluang pada ketika itu adalah dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Kluang dan pertubuhan ini telah memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor untuk memberikan kurnian tanah kepada pertubuhan ini. Kawasan yang dikenalpasti adalah terletak di Jalan Lambak, Kluang dan bersebelahan dengan Stadium Kluang.

Atas keperhatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, dengan perkenan dan izinya telah memberikan kawasan tersebut kepada pertubuhan Persektuan Melayu Kluang menjalankan program dan aktiviti pertubuhan khususnya untuk menyatupadukan orang-orang melayu Kluang.

Sejak pertubuhan ini didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Johor Bahru, banyak program dan aktiviti yang telah dijalankan. Sehingga kini, selama 84 tahun tertubuhnya pertubuhan ini banyak program dan aktiviti melibatkan kemasyarakatan telah disempurnakan dengan baiknya. Pertubuhan ini juga adalah 'Penyambung Warisan Bangsa' bagi orang-orang melayu Kluang....akan disambung.

Al-Kisah.

No comments:

Post a Comment